Terpancar jelas kegembiraan penduduk Kg Rakaporm, Tbong Khmom Kemboja apabila tiba saatnya Hari Raya Aidiladha, hari di mana mereka dapat merasa makanan yang lebih ‘sempurna’ berbanding sebelumnya. Jarak kampung yang terlalu jauh berjam-jam dari bandar menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan bekalan makanan.

Alhamdulillah dengan izinNya pada tahun 2022 ini, Al-Infaq dapat mengumpulkan 28 ekor lembu untuk ibadah Qurban di sana yang mengumpulkan pelbagai peserta daripada pelbagai negeri di Malaysia. Satu kepuasan untuk kami apabila segala proses sembelihan dilakukan dengan teliti oleh wakil di Kemboja dan berjalan dengan lancar. Setiap gambar sembelihan akan dihantar kepada peserta sebagai bukti sembelihan mereka telah selesai.

Aktiviti Qurban ini merupakan program tahunan Al-Infaq bertujuan untuk membantu penduduk terpencil di Kemboja. Al-Infaq ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Al-Infaq untuk menguruskan Qurban anda pada tahun ini.

‘Al-Infaq, Easing the Upper and Lower Hands’