Sempena Nisfu Syaaban, AL-Infaq telah melancarkan Program Sesuci Ramadhan 2022. Program ini bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan memberi pengisian yang bermanfaat kepada masyarakat. Juga menjadikan Al-Infaq sebagai pilihan platform terbaik untuk berinfaq.

Antara program yang telah dirancangkan ialah;

Tazkirah Pendek
Kuliah 7 minit akan disampaikan setiap hari oleh penceramah jemputan.

Tahsinul Quran
Program tadarus dan tadabbur Al-Quran dibuat setiap hari. Kami memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya 50 orang peserta untuk menjayakan program ini. Link untuk daftar akan diletakkan dibawah.

Info Ramadhan
Terdapat infografik Ramadhan yang akan diupdate sepanjang bulan Ramadhan untuk saling ingat mengingati.

Juga terdapat program sumbangan Al-Infaq yang menjadikan Al-Infaq sebagai pilihan platform yang terbaik untuk berinfaq.

Iftar 4 Negara 2022
Sumbangan berbentuk makanan iftar yang disediakan untuk negara Malaysia, Kemboja, Filipina & Thailand (Pattaya/Narathiwat). Sumbangan akan diagihkan kepada keluarga dan juga diagihkan kepada surau masyarakat setempat untuk berbuka puasa.

We Care 4 U
Sepanjang bulan ramadhan ini, apa sahaja sumbangan yang dibuat melalui aplikasi al-infaq, akan dimasukkan dalam program We Care 4 U. Sumbangan berbentuk barangan mahupun wang tunai. Pilih apa sahaja kategori didalam aplikasi seperti hamper, beras, minuman, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Sedekah Subuh
Sepanjang bulan Ramadhan kami membuka peluang untuk semua berbuat sumbangan dikala subuh. Masa yang terbaik sebelum memulakan kerja seharian. Insyaallah bertambah pahala dan bertambah berkat.

Sumbangan telah dibuka dan tuan-puan boleh membuat infaq melalui aplikasi Al-Infaq. Semua sumbangan akan diagihkan kepada keluaga asnaf yang terpilih dan juga kepada surau dan masjid terpilih.

Download dan install aplikasi Al-Infaq di telefon bimbit anda.

INSTALL ANDROID APPS:
https://android.al-infaq.com

INSTALL iOS APPS:
https://ios.al-infaq.com

Sumbangan Web:
https://sumbangan.al-infaq.com

DAFTAR TADARUS AL-QURAN:
https://wasap.my/601158803432/DaftarTadarus
Sila beri nama untuk daftar.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi/whatsapp kami di talian hotline kami :
011 5880 3432

‘Al-Infaq, easing the upper and lower hands’