Pasir Panjang ; Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Encik Arifin bin Abd Rashid hanya mampu berbaring sahaja dan tidak mampu bergerak langsung. Ibaratkan lumpuh seluruh badan dan hanya boleh menggerakkan tangan kanan sahaja.

 

Difahamkan keadaan itu sudah berlarutan selama 3 minggu. Namun penyakit yang dihidapi beliau sudah bermula sejak bulan 11 tahun lalu dan baru sahaja tidak boleh bergerak baru-baru ini. Beliau yang dulunya bekerja sebagai tukang kayu kini tidak mampu lagi menyara keluarganya. Manakala isterinya yang dulu mengambil upah mencuci beras kini juga terpaksa berhenti untuk menjaga suami.

 

Pasangan ini masing-masing berumur 62 tahun tinggal bersama 3 orang lagi anaknya di Kampung Pasir Panjang Terengganu. Team Al-Infaq berkesempatan menziarahi mereka dan memberikan sedikit sumbangan daripada penderma. Difahamkan satu pek lampin pakai buang cuma bertahan selama 2 hari dan memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan kedua-duanya tidak bekerja.

 

Kami daripada Al-Infaq membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai jika berhasrat untuk memberikan sedikit sumbangan terus melalui aplikasi kami.

 

Al-Infaq, easing the upper and lower hands.