Kafalah Al-Infaq merupakan program khusus bagi membantu golongn yang kurang bernasib baik termasuklah individu ataupun organisasi bagi meringankan sedikit beban mereka.

Bantuan ini akan disampaikan kepada penerima yang dipilih secara berkala iaitu setiap bulan mengikut jumlah dan tempoh masa yang dipilih oleh penderma.

Terdapat 4 pakej yang boleh dipilih iaitu:

  • Pakej RM50
  • Pakej RM100
  • Pakej RM300
  • Pakej FoodPack RM10/Pack

Setiap pilihan pakej ini anda boleh memilih tempoh untuk membuat tajaan:

  • 3 Bulan
  • 6 Bulan
  • 12 Bulan
  • 1x atau 2x makan untuk Pakej FoodPack

Contoh:

Anda memilih Pakej Kafalah RM50 dengan tajaan selama 6 bulan. Anda perlu menyumbangkan sebanyak RM300. Pihak kami akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada penerima sebanyak RM50 selama 6 bulan.


ATAU BUAT SUMBANGAN MELALUI LAMAN WEB

INFAQ KAFALAH PAKEJ
INFAQ KAFALAH FOODPACK