WAKAF TAPAI, TERENGGANU; Encik Mustafa, 58 bersama isterinya Puan Mursyidah, 53 hanya mampu berdiam diri di rumahnya di setiap kali musim tengkujuh tiba memandangkan si suami bekerja menjaja rojak buah dengan sebuah motosikal sahaja. Difahamkan pekerjaan itu telah dilakukan sejak usia muda lagi. Isterinya pula tidak bekerja kerana mengalami penyakit athma yang teruk lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.
Sepasang suami isteri ini dikurniakan 6 orang cahaya mata dan seorang di antara mereka masih bersekolah. Mereka hanya mendapat bantuan persekolahan daripada JKM sebanyak RM100 sebulan.
Difahamkan rumah yang mereka diami sekarang adalah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), agak sempit untuk 8 sekeluarga dan tidak mempunyai ruangan dapur. Jika ingin menyiapkan makanan, mereka perlu menggunakan dapur di rumah lama mereka yang hampir runtuh berhadapan dengan rumah terkini.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan terus melalui aplikasi Al-Infaq. Tinggal install sahaja di telefon bimbit anda dan segala proses cuma selesai di hujung jari.
Al-Infaq, easing the upper and lower hands