Description
Al-Infaq akan mengadakan satu program amal bernama Program Bantuan Persekolahan pada 30 Januari 2022.
Program ini dibuat untuk membantu para asnaf, pelajar miskin dan yatim yang memerlukan bantuan persekolahan di daerah Setiu.
Pihak kami mengalukan sumbangan tuan puan untuk sama-sama membantu anak-anak ini. Antara sumbangan yang akan diagihkan ialah seperti baju uniform sekolah, alat tulis, beg sekolah, kasut dan duit poket.
Sumbangan boleh dibuat terus melalui website ini.
RM125 untuk setiap seorang pelajar Sekolah Rendah
RM150 untuk setiap seorang pelajar Sekolah Menengah.
Sasaran sumbangan kami ialah sebanyak 150 orang pelajar.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban dan memudahkan para asnaf dalam menghadapi dugaan semasa ini.